Thursday 17 May 2012

KHB TINGKATAN 2 -ELEKTRONIK-

KOMPONEN-KOMPONEN ELEKTRONIK SERTA FUNGSINYA

A) DIOD PEMANCAR CAHAYA (L.E.D)


- Dikenali sebagai 'Light Emiting Diod'
- Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
- Digunakan dalam alatan elektronik seperti radio, t.v, pemain cd dan dvd
- Ia mempunyai kaki berkutub iaitu anod(positif) dan katod(negatif)
- LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt
LED dan Simbol

B) DIOD KUASA


- Membenarkan arus mengalir sehala sahaja
- Digunakan untuk menukarkan arus ulang alik kepada arus terus

LED Kuasa dan Simbol

C) PERINTANG TETAP KARBON

- Dibuat daripada karbon dan tanah
- Digunakan untuk mengurangkan arus dan voltan
- Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna.


Perintang dan Simbol
sila klik disini untuk melihat kod warna perintang

D) PERINTANG BOLEH LARAS

- Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus
- Sering digunakan dalam radio dan unit pembesar suara

E) KAPASITOR

- Digunakan untuk menyimpan cas elektrik
- Terdapat dua jenis kapasitor
  1. Kapasitor berkutub
  2. Kapasitor tanpa kutub
Kapasitor
D) TRANSISTOR

- Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus
- Juga sebagai suis
- Terdapat dua jenis transistor
  1. Transistor NPN
  2. Transistor PNP
- Transistor mempunyai 3 kaki
  1. C = Pemungut/ collector
  2. B = Tapak/ base
  3. E = Pemancar/ emitter

Transistor


No comments:

Post a Comment