Ok.. kita start dengan tajuk elektronik.. Dalam tajuk nie saya tak cerita byk sgt pon.. kebanyakannya pasal komponen-komponen elektronik, serta fungsinya.. so, jom la kita tgk nota di bawah nie..
JENIS KOMPONEN-KOMPONEN ELEKTRONIK
1. LITAR BERSEPADU I.C
2. SUIS MIKRO
3. MIKROFON
4. PEMBESAR SUARA
5. GEGANTI
LITAR BERSEPADU IC
- Litar terkamil / I.C intergarated circuit
- Litar bersepadu mambentuk satu litar dalam pakej kecil, mengecilkan
saiz litar dan menjimatkan ruang
- I.C adalah gabungan komponen-komponen seperti perintang, kapasitor
transistor, dan diod dalam satu cip silikon
- Binaan litar bergantung dengan fungsinya
- Terdapat 3 bentuk I.C
- I.C kuasa rendah
- I.C kuasa sederhana
- I.C kuasa tinggi
- Inginkan penerangan yang lebih jelas, sila
klik disini.
SUIS MIKRO
- Mempunyai 3 kaki iaitu kaki COM (common), kaki NO(normally open) dan kaki NC(normally closed)
- Berfungsi sebagai suis tekan buka dan suis tekan tutup
- Suis tekan tutup : kaki yang dipateri ialah COM/NO
- Suis tekan buka : kaki yang dipateri ialah COM/NC
- Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak sebagai
suis pemutus keselamatan
- Pin COM bertindak sebagai punca neutral dalam litar manakala pin NO
dan NC sebagai punca hidup.
MIKROFON
- Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk
menerima gelombang bunyi dan menukarkannya kepada
gelombang elektrik
- Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah
- Mikrofon gegelung bergerak (dinamik)
- Mikrofon jenis pemuat
- mikrofon jenis karbon
- Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser
yang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi
- Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan kepada gelombang elektrik
- Transduser yang biasa digunakan ialah transduser jenis gegelung bergerak, pemuat dan karbon.
PEMBESAR SUARA
- Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakan pada
alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi
- Ia berfungsi menukarkan elektrik kepada gelombang bunyi
- Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal , diafragma, gegelung dawai
kerangka dan tamatan
- Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dan dilekatkan di
hujung diafragma.
- Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal
- Kerangka digunakan untuk memegang difragma supaya tidak tertanggal.
- Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir melalui gegelung.
- Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada gegelung
- Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet yang dihasilkan oleh medan magnet kekal
- Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma
- Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan difragma bergetar.
- Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.
GEGANTI
- Sebagai suis kawalan litar berarus tingi seperti litar kawalan lampu isyarat
- dikawal oleh aruhan magnet
- Terdapat 5 bahagian utama iaitu gegelung, teras besi, armatur,plat sesentuh dan tamatan